Saturday, 28 February 2015

Isi Kandungan


 Sesetengah golongan menyampaikan mesej perjuangan melalui mata pena seperti akhbar dan majalah sebagai senjata dalam perjuangan ini selain daripada perjuangan secara individu dan mengikut kaum. Media ini agak berkesan dalam menyampaikan mesej mereka, terutama golongan yang berpendidikan dan yang tidak suka menggunakan kekerasan.

Antara Akhbar-Akhbar Semangat yang Berperanan Mencetuskan Perjuangan
1. Al-Imam.
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di Singapura.
Diterbitkan pada 22 Julai 1906.
Al-Imam dikatakan berkewajipan dan bertanggungjawab menyampaikan idea Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit daripada kemunduran. 
2.     AL-IKHWAN


Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di Pulau Pinang.
Diterbitkan pada 16 September 1926.
Al-Ikhwan boleh dikatakan bercorak Islah Islamiah dan juga memuatkan tentang isu-isu kemunduran bangsa dan kebebasan kaum wanita. Majalah ini juga digerakkan oleh Kaum Muda.
 3. Saudara.
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di Pulau Pinang.
Diterbitkan pada 29 September 1928.
Akhbar mingguan ini merupakan sambungan kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dann usaha-usaha menggalakkan rakyat, terutama orang Melayu agar memajukan diri mereka.

4. Neracha.
Diasaskan oleh Haji Abas Mohd Taaha di Singapura.
Diterbitkan pada 15 Februari 1911.
Memiliki konsep dan ciri yang hampir sama dengan Al-Imam. Bercorak keagamaan dan memuatkan berita dari Timur Tengah, terutama berhubung dengan semangat Pan-Islam.

5. Majlis.

Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di Kuala Lumpur.
Diterbitkan pada 17 Disember 1931.
Akhbar ini penting dalam memberi sumbangan memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik, ekonomi dan sosial.

 6. Warta Malaya.
Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar di Singapura.
Diterbitkan pada 1 Januari 1930.
Warta Malaya banyak memberi kesedaran kepada orang Melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai dan sekali gus menjadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran.

7. Utusan Melayu.

Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di Singapura.
Diterbitkan pada November 1907-1922 dan mulai 29 Mei 1930.
Akhbar ini dianggap sebagai lambang perpaduan orang Melayu kerana rencananya banyak membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajahan. Selain itu, akhbar ini juga digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah.


8. Chenderamata.
Diasaskan oleh guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris,
Sebagai contoh Za’ba.
Diterbitkan selepas Perang Dunia Kedua.
Mesej-mesej yang disampaikan selain berhubung dengan aktiviti maktab perguruan tersebut banyak memuatkan rencana. Ia bertujuan untuk mencetuskan semangat kebangsaan pembaca.

9. Fajar Sarawak.
Diasaskan oleh Komuniti Melayu Sarawak.
Diterbitkan pada tahun pramerdeka.
Agen untuk membangkitkan kesedaran dan semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak. Selain itu, akhbar ini juga menekankan peningkatan taraf pendidikan orang Melayu, seruan agar mengerjakan tanah sendiri dan bergiat dalam bidang perniagaan.
 10. Lembaga Melayu.
Diasaskan oleh Mohd Eunos Abdullah di Singapura.
Diterbitkan pada tahun 31 Disember 1931.
Bermula dengan menterjemahkan berita-berita perang daripada Malay Tribune dan lama-kelamaan berfungsi sebagai media perbincangan kepentingan orang Melayu.
                     
11. Panduan Guru.
Diasaskan oleh Mohd Hussin Rashid.
Diterbitkan pada tahun Julai 1922.
Majalah pertama terbitan Persekutuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang.


Friday, 27 February 2015

KESIMPULAN


                              Perjalanan sejarah membuktikan negara ini pernah diceroboh oleh kuasa asing. Justeru,masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka sebagai contoh,Perjuangan dan Idea-idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar atau Majalah yang berperanan mencetuskan semangat nasionalisme. Akhbar Majlis yang telah diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai telah memberi fokus dalam perjuangan semangat kebangsaan dalam kalangan orang melayu. Beliau juga telah mengasaskan akhbar Utusan Melayu dimana akhbar ini dianggap sebagai lambang perpaduan orang melayu kerana membela kepentingan nasib  orang melayu dan menentang penjajahan sama ada barat atau timur.
                   Perkara ini telah memberikan variasi dampak positif kepada bangsa dan negara  kita sehingga pada hari ini seperti lahirnya golongan-golongan berkesedaran tinggi yang memperjuangkan kemerdekaan negara melalui pebagai saluran dan telah menyebarkan semangat nasionalisme rakyat secara menyeluruh dan berkesan. Sebagai pengajaran,rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dan mempunyai kata sepakat dalam memilih tampuk pemerintahan yang tepat melalui pilihan raya.Kita haruslah mengambil iktibar agar peristiwa yang sama tidak akan terpalit sekali lagi kerana sesungguhnya tidak mudah untuk membentuk sebuah negara yang aman,damai dan makmur seperti yang telah utuh pada hari ini.