Sesetengah golongan menyampaikan mesej perjuangan melalui mata
pena seperti akhbar dan majalah sebagai senjata dalam perjuangan ini selain
daripada perjuangan secara individu dan mengikut kaum. Media ini agak berkesan
dalam menyampaikan mesej mereka, terutama golongan yang berpendidikan dan yang
tidak suka menggunakan kekerasan.
Antara Akhbar-Akhbar Semangat
yang Berperanan Mencetuskan Perjuangan
1. Al-Imam.
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di
Singapura.
Diterbitkan pada 22 Julai 1906.
Al-Imam dikatakan berkewajipan dan
bertanggungjawab menyampaikan idea Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi
bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit daripada kemunduran.
2. AL-IKHWAN
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di
Pulau Pinang.
Diterbitkan pada 16 September 1926.
Al-Ikhwan boleh dikatakan bercorak
Islah Islamiah dan juga memuatkan tentang isu-isu kemunduran bangsa dan
kebebasan kaum wanita. Majalah ini juga digerakkan oleh Kaum Muda.
3. Saudara.
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di
Pulau Pinang.
Diterbitkan pada 29 September 1928.
Akhbar mingguan ini merupakan sambungan
kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dann usaha-usaha
menggalakkan rakyat, terutama orang Melayu agar memajukan diri mereka.
4. Neracha.
Diasaskan oleh Haji Abas Mohd Taaha di
Singapura.
Diterbitkan pada 15 Februari 1911.
Memiliki konsep dan ciri yang hampir
sama dengan Al-Imam. Bercorak keagamaan dan memuatkan berita dari Timur Tengah,
terutama berhubung dengan semangat Pan-Islam.
5. Majlis.
Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di
Kuala Lumpur.
Diterbitkan pada 17 Disember 1931.
Akhbar ini penting dalam memberi
sumbangan memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.
Ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik, ekonomi dan
sosial.
6. Warta Malaya.
Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar di
Singapura.
Diterbitkan pada 1 Januari 1930.
Warta Malaya banyak memberi kesedaran
kepada orang Melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai dan
sekali gus menjadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran.
7. Utusan Melayu.
Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di
Singapura.
Diterbitkan pada November 1907-1922 dan
mulai 29 Mei 1930.
Akhbar ini dianggap sebagai lambang
perpaduan orang Melayu kerana rencananya banyak membela kepentingan orang
Melayu dan menentang penjajahan. Selain itu, akhbar ini juga digunakan sebagai
bahan pengajaran di sekolah.
8. Chenderamata.
Diasaskan oleh guru-guru pelatih Maktab
Perguruan Sultan Idris,
Sebagai contoh Za’ba.
Diterbitkan selepas Perang Dunia Kedua.
Mesej-mesej yang disampaikan selain
berhubung dengan aktiviti maktab perguruan tersebut banyak memuatkan rencana.
Ia bertujuan untuk mencetuskan semangat kebangsaan pembaca.
9. Fajar Sarawak.
Diasaskan oleh Komuniti Melayu Sarawak.
Diterbitkan pada tahun pramerdeka.
Agen untuk membangkitkan kesedaran dan
semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak. Selain itu, akhbar ini juga
menekankan peningkatan taraf pendidikan orang Melayu, seruan agar mengerjakan
tanah sendiri dan bergiat dalam bidang perniagaan.
10. Lembaga Melayu.
Diasaskan oleh Mohd Eunos Abdullah di
Singapura.
Diterbitkan pada tahun 31 Disember
1931.
Bermula dengan menterjemahkan
berita-berita perang daripada Malay Tribune dan lama-kelamaan berfungsi sebagai
media perbincangan kepentingan orang Melayu.
11. Panduan Guru.
Diasaskan oleh Mohd Hussin Rashid.
Diterbitkan pada tahun Julai 1922.
Majalah pertama terbitan Persekutuan
Guru-Guru Melayu Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment