Wednesday, 4 March 2015
Tuesday, 3 March 2015
Peranan Akhbar dan Majalah dalam Mencetuskan Gerakan Nasionalisme
Posted by NFI
....
PENDAHULUAN
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
Titipan
penghargaan terhadap Allah swt tuhan sekalian alam atas rahmat yang diberikan
kepada hamba-Nya ini. Berserah kepada-Nya atas segala takdir yang
dikehendaki-Nya kepada seluruh alam-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar
nabi Muhammad S.A.W. keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Pertama
sekali kami mengucapkan syukur kepada Ilahi atas nikmat-nikmat yang diberikan
kepada kami tanpa henti. Tapa keredhaan-Nya tidak munkin kami mampu menyiapkan
tugasan ini walaupun sedikit.
Penghargaan
ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka tidak pernah
berhenti berdoa dan memberi sokongan serta dorongan kepada kami untuk
menghasilkan tugasan berkumpulan ini. Berkat doa dan sokongan daripada mereka
dapat juga kami siapkan tugasan ini.
Tidak
lupa juga kepada pensyarah kami iaitu En. Rusdin Bin Husin kerana beliau sudi
memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga
sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kasilapan yang kami lakukan dalam menyiapkan
kerja-kerja kami.
Akhir
kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan yang lain kerana
turut bersama-sama bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini dengan
menyumbangkan idea serta maklumat yang diperolehi.
x
Monday, 2 March 2015
Posted by NFI
....
PENGENALAN
SINOPIS
KAJIAN
Sepanjang tahun
1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yang diterbitkan di
Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialah Majlis, Warta
Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Warta
Negara.Antara golongan wartawan yang memainkan peranan penting dalam gerakan
kesedaran ini ialah Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji
Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.Tujuan akhbar-akhbar ini
diterbitkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang melayu terutamanya
orang Islam.Selain itu,ia diterbitkan untuk cenderung memperjuangkan isu-isu
agama dan menjadi saluran menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam Kaum Muda.
Akhbar ini telah menjadi pengkritik hebat terhadap cara hidup orang Melayu yang
enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Selain isu-isu agama ia
juga menyiarkan pelbagai rencana tentang ekonomi, politik, sejarah dan
pelajaran. Menjelang tahun 1930-an akhbar ini telah memperlihatkan kesedaran
politik yang jelas apabila ia mula menyeru umat Islam terutama orang Melayu
supaya berusaha menjaga negeri agar tidak dikuasai oleh bangsa asing.
Sunday, 1 March 2015
Posted by NFI
....
Latar
Belakang Kajian
Kebanyakan akhbar yang dihasilkan pada ketika itu adalah
untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu. Isu-isu yang
dibangkitkan dalam akhbar juga adalah dari segi sosial, pendidikan, ekonomi, dan politik. Dari segi
sosial hal-hal yang dibangkitkan adalah memajukan pendidikan tinggi orang
Melayu, menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan menyeru orang
Melayu supaya meninggalkan sifat-sifat negatif seperti memilih kerja dan tidak
mahu berusaha. Dari segi ekonomi pula, isu-isu yang dibangkitkan ialah
menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama, mengurangkan kemasukan pedagang luar
yang boleh mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan orang Melayu terlibat
dalam aktiviti ekonomi. Dari segi politik pula, isunya ialah mengkritik British
kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, mengkritik para pembesar dan raja-raja
kerana tidak melaksanakan kemajuan kepada masyarakat Melayu dan menolak dasar
pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. Majalah ini telah membangkitkan
isu-isu seperti soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah,
galakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu, memperluaskan ilmu dalam
segala bidang, pentafsiran terhadap persoalan orang Islam dan juga menggesa
orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.
Objektif Kajian
- Menyatakan perjuangan dan idea melalui akhbar atau majalah.
- Menerangkan perkembangan akhbar-akhbar dalam
menyebarkan idea untuk menentang penjajahan asing.
- Menjelaskan peranan golongan intelektual dalam
membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
- Menilaikan sumbangan golongan wartawan dan penulis
dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
- Menganalisis peranan pertubuhan dalam gerakan
kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
Persoalan
Kajian
- Kepentingan orang Melayu memajukan diri, bangsa dan
negara.
- Menggalakkan pendidikan untuk meningkatkan taraf dan
hidup orang Melayu.
- Golongan Intelektual menyampaikan mesej perjuangan
melalui akhbar dan majalah.
- Meningkatkan kesedaran orang Melayu supaya tidak
mudah dijajah oleh bangsa asing.
- Kepentingan ilmu terhadap masyarakat dalam memajukan
sesebuah negara..
- Peranan golongan intelektual dalam membantu masyarakat untuk bangkit menentang penjajahan asing.
- Menyampaikan mesej yang dapat mencetuskan semangat nasionalisme.
Subscribe to:
Posts (Atom)