Sunday, 1 March 2015



Latar Belakang Kajian
         Kebanyakan akhbar yang dihasilkan pada ketika itu adalah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan dalam akhbar juga adalah dari segi sosial,  pendidikan, ekonomi, dan politik. Dari segi sosial hal-hal yang dibangkitkan adalah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu, menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sifat-sifat negatif seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha. Dari segi ekonomi pula, isu-isu yang dibangkitkan ialah menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama, mengurangkan kemasukan pedagang luar yang boleh mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi. Dari segi politik pula, isunya ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, mengkritik para pembesar dan raja-raja kerana tidak melaksanakan kemajuan kepada masyarakat Melayu dan menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. Majalah ini telah membangkitkan isu-isu seperti soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah, galakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu, memperluaskan ilmu dalam segala bidang, pentafsiran terhadap persoalan orang Islam dan juga menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.

Objektif  Kajian
  • Menyatakan perjuangan dan idea melalui akhbar atau majalah.
  • Menerangkan perkembangan akhbar-akhbar dalam menyebarkan idea untuk menentang penjajahan asing.
  • Menjelaskan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Menilaikan sumbangan golongan wartawan dan penulis dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Menganalisis peranan pertubuhan dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.

Persoalan Kajian
  • Kepentingan orang Melayu memajukan diri, bangsa dan negara.
  • Menggalakkan pendidikan untuk meningkatkan taraf dan hidup orang Melayu.
  • Golongan Intelektual menyampaikan mesej perjuangan melalui akhbar dan majalah.
  • Meningkatkan kesedaran orang Melayu supaya tidak mudah dijajah oleh bangsa asing.
  • Kepentingan ilmu terhadap masyarakat dalam memajukan sesebuah negara..
  • Peranan golongan intelektual dalam membantu masyarakat untuk bangkit menentang penjajahan asing.
  • Menyampaikan mesej yang dapat mencetuskan semangat nasionalisme.



No comments:

Post a Comment