Wednesday, 4 March 2015
Tuesday, 3 March 2015
Peranan Akhbar dan Majalah dalam Mencetuskan Gerakan Nasionalisme
Posted by NFI
....
PENDAHULUAN
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
Titipan
penghargaan terhadap Allah swt tuhan sekalian alam atas rahmat yang diberikan
kepada hamba-Nya ini. Berserah kepada-Nya atas segala takdir yang
dikehendaki-Nya kepada seluruh alam-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar
nabi Muhammad S.A.W. keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Pertama
sekali kami mengucapkan syukur kepada Ilahi atas nikmat-nikmat yang diberikan
kepada kami tanpa henti. Tapa keredhaan-Nya tidak munkin kami mampu menyiapkan
tugasan ini walaupun sedikit.
Penghargaan
ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka tidak pernah
berhenti berdoa dan memberi sokongan serta dorongan kepada kami untuk
menghasilkan tugasan berkumpulan ini. Berkat doa dan sokongan daripada mereka
dapat juga kami siapkan tugasan ini.
Tidak
lupa juga kepada pensyarah kami iaitu En. Rusdin Bin Husin kerana beliau sudi
memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga
sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kasilapan yang kami lakukan dalam menyiapkan
kerja-kerja kami.
Akhir
kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan yang lain kerana
turut bersama-sama bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini dengan
menyumbangkan idea serta maklumat yang diperolehi.
x
Monday, 2 March 2015
Posted by NFI
....
PENGENALAN
SINOPIS
KAJIAN
Sepanjang tahun
1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yang diterbitkan di
Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialah Majlis, Warta
Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Warta
Negara.Antara golongan wartawan yang memainkan peranan penting dalam gerakan
kesedaran ini ialah Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji
Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.Tujuan akhbar-akhbar ini
diterbitkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang melayu terutamanya
orang Islam.Selain itu,ia diterbitkan untuk cenderung memperjuangkan isu-isu
agama dan menjadi saluran menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam Kaum Muda.
Akhbar ini telah menjadi pengkritik hebat terhadap cara hidup orang Melayu yang
enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Selain isu-isu agama ia
juga menyiarkan pelbagai rencana tentang ekonomi, politik, sejarah dan
pelajaran. Menjelang tahun 1930-an akhbar ini telah memperlihatkan kesedaran
politik yang jelas apabila ia mula menyeru umat Islam terutama orang Melayu
supaya berusaha menjaga negeri agar tidak dikuasai oleh bangsa asing.
Sunday, 1 March 2015
Posted by NFI
....
Latar
Belakang Kajian
Kebanyakan akhbar yang dihasilkan pada ketika itu adalah
untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu. Isu-isu yang
dibangkitkan dalam akhbar juga adalah dari segi sosial, pendidikan, ekonomi, dan politik. Dari segi
sosial hal-hal yang dibangkitkan adalah memajukan pendidikan tinggi orang
Melayu, menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan menyeru orang
Melayu supaya meninggalkan sifat-sifat negatif seperti memilih kerja dan tidak
mahu berusaha. Dari segi ekonomi pula, isu-isu yang dibangkitkan ialah
menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama, mengurangkan kemasukan pedagang luar
yang boleh mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan orang Melayu terlibat
dalam aktiviti ekonomi. Dari segi politik pula, isunya ialah mengkritik British
kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, mengkritik para pembesar dan raja-raja
kerana tidak melaksanakan kemajuan kepada masyarakat Melayu dan menolak dasar
pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. Majalah ini telah membangkitkan
isu-isu seperti soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah,
galakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu, memperluaskan ilmu dalam
segala bidang, pentafsiran terhadap persoalan orang Islam dan juga menggesa
orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.
Objektif Kajian
- Menyatakan perjuangan dan idea melalui akhbar atau majalah.
- Menerangkan perkembangan akhbar-akhbar dalam
menyebarkan idea untuk menentang penjajahan asing.
- Menjelaskan peranan golongan intelektual dalam
membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
- Menilaikan sumbangan golongan wartawan dan penulis
dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
- Menganalisis peranan pertubuhan dalam gerakan
kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
Persoalan
Kajian
- Kepentingan orang Melayu memajukan diri, bangsa dan
negara.
- Menggalakkan pendidikan untuk meningkatkan taraf dan
hidup orang Melayu.
- Golongan Intelektual menyampaikan mesej perjuangan
melalui akhbar dan majalah.
- Meningkatkan kesedaran orang Melayu supaya tidak
mudah dijajah oleh bangsa asing.
- Kepentingan ilmu terhadap masyarakat dalam memajukan
sesebuah negara..
- Peranan golongan intelektual dalam membantu masyarakat untuk bangkit menentang penjajahan asing.
- Menyampaikan mesej yang dapat mencetuskan semangat nasionalisme.
Saturday, 28 February 2015
Isi Kandungan
Posted by NFI
....
Sesetengah golongan menyampaikan mesej perjuangan melalui mata
pena seperti akhbar dan majalah sebagai senjata dalam perjuangan ini selain
daripada perjuangan secara individu dan mengikut kaum. Media ini agak berkesan
dalam menyampaikan mesej mereka, terutama golongan yang berpendidikan dan yang
tidak suka menggunakan kekerasan.
Antara Akhbar-Akhbar Semangat
yang Berperanan Mencetuskan Perjuangan
1. Al-Imam.
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di
Singapura.
Diterbitkan pada 22 Julai 1906.
Al-Imam dikatakan berkewajipan dan
bertanggungjawab menyampaikan idea Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi
bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit daripada kemunduran.
2. AL-IKHWAN
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di
Pulau Pinang.
Diterbitkan pada 16 September 1926.
Al-Ikhwan boleh dikatakan bercorak
Islah Islamiah dan juga memuatkan tentang isu-isu kemunduran bangsa dan
kebebasan kaum wanita. Majalah ini juga digerakkan oleh Kaum Muda.
3. Saudara.
Diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi di
Pulau Pinang.
Diterbitkan pada 29 September 1928.
Akhbar mingguan ini merupakan sambungan
kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dann usaha-usaha
menggalakkan rakyat, terutama orang Melayu agar memajukan diri mereka.
4. Neracha.
Diasaskan oleh Haji Abas Mohd Taaha di
Singapura.
Diterbitkan pada 15 Februari 1911.
Memiliki konsep dan ciri yang hampir
sama dengan Al-Imam. Bercorak keagamaan dan memuatkan berita dari Timur Tengah,
terutama berhubung dengan semangat Pan-Islam.
5. Majlis.
Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di
Kuala Lumpur.
Diterbitkan pada 17 Disember 1931.
Akhbar ini penting dalam memberi
sumbangan memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.
Ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik, ekonomi dan
sosial.
6. Warta Malaya.
Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar di
Singapura.
Diterbitkan pada 1 Januari 1930.
Warta Malaya banyak memberi kesedaran
kepada orang Melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai dan
sekali gus menjadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran.
7. Utusan Melayu.
Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di
Singapura.
Diterbitkan pada November 1907-1922 dan
mulai 29 Mei 1930.
Akhbar ini dianggap sebagai lambang
perpaduan orang Melayu kerana rencananya banyak membela kepentingan orang
Melayu dan menentang penjajahan. Selain itu, akhbar ini juga digunakan sebagai
bahan pengajaran di sekolah.
8. Chenderamata.
Diasaskan oleh guru-guru pelatih Maktab
Perguruan Sultan Idris,
Sebagai contoh Za’ba.
Diterbitkan selepas Perang Dunia Kedua.
Mesej-mesej yang disampaikan selain
berhubung dengan aktiviti maktab perguruan tersebut banyak memuatkan rencana.
Ia bertujuan untuk mencetuskan semangat kebangsaan pembaca.
9. Fajar Sarawak.
Diasaskan oleh Komuniti Melayu Sarawak.
Diterbitkan pada tahun pramerdeka.
Agen untuk membangkitkan kesedaran dan
semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak. Selain itu, akhbar ini juga
menekankan peningkatan taraf pendidikan orang Melayu, seruan agar mengerjakan
tanah sendiri dan bergiat dalam bidang perniagaan.
10. Lembaga Melayu.
Diasaskan oleh Mohd Eunos Abdullah di
Singapura.
Diterbitkan pada tahun 31 Disember
1931.
Bermula dengan menterjemahkan
berita-berita perang daripada Malay Tribune dan lama-kelamaan berfungsi sebagai
media perbincangan kepentingan orang Melayu.
11. Panduan Guru.
Diasaskan oleh Mohd Hussin Rashid.
Diterbitkan pada tahun Julai 1922.
Majalah pertama terbitan Persekutuan
Guru-Guru Melayu Pulau Pinang.
Friday, 27 February 2015
KESIMPULAN
Posted by NFI
....
Perjalanan sejarah
membuktikan negara ini pernah diceroboh oleh kuasa asing. Justeru,masyarakat
Melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi
mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka sebagai
contoh,Perjuangan dan Idea-idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar atau Majalah
yang berperanan mencetuskan semangat nasionalisme. Akhbar Majlis yang telah
diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai telah memberi fokus dalam perjuangan semangat
kebangsaan dalam kalangan orang melayu. Beliau juga telah mengasaskan akhbar
Utusan Melayu dimana akhbar ini dianggap sebagai lambang perpaduan orang melayu
kerana membela kepentingan nasib orang
melayu dan menentang penjajahan sama ada barat atau timur.
Perkara ini telah memberikan variasi dampak positif kepada bangsa dan
negara kita sehingga pada hari ini
seperti lahirnya golongan-golongan berkesedaran tinggi yang memperjuangkan
kemerdekaan negara melalui pebagai saluran dan telah menyebarkan semangat
nasionalisme rakyat secara menyeluruh dan berkesan. Sebagai pengajaran,rakyat
Malaysia haruslah bersatu padu dan mempunyai kata sepakat dalam memilih tampuk
pemerintahan yang tepat melalui pilihan raya.Kita haruslah mengambil iktibar
agar peristiwa yang sama tidak akan terpalit sekali lagi kerana sesungguhnya
tidak mudah untuk membentuk sebuah negara yang aman,damai dan makmur seperti
yang telah utuh pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)